salam semua .
sihat ?
harap sihat laa .
alhamdulilah wat mase ni aku sihat .
untuk yang kedepan tatau la kan ?
huuuu .
oke .
entry aku kali ni nak cakap sal satu PERSAHABATAN .
satu ikatan yang tak kan putus and berakhir walau apa pun yang berlaku .
sekali kita berkawan .
selamanya kita akan berkawan kan ?
sebab tu SAHABAT sangat penting dalam hidup kita .
tak kisahlah perangai atau rupa die camne pon .
die tetap sahabat kita kan ?
Dalam dunia ini, kita tak punya sesiapa kecuali diri sendiri .
tetapi dalam kita bersendiri,
kita beruntung sebab mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. :)
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,
begitu juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma pikir tentang harapan dan perasaan kita .
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita terlupa .
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya? ??
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.
Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan,
harapan dan impian kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah .
Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang?
untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,
rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia?
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya?
seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai?
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah?
agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
kerana dia juga seorang manusia
dia juga ada rasa takut
bimbang
sedih
dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan
dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan .
disebalik kesenangannya .
mungkin tersimpan seribu kekalutan
kita tidak tahu
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,
mungkin kita akan tahu.
Renungilah.
terima kasih padamu sahabatku

No comments:
Post a Comment