Friday, March 4, 2011

kau seorang perempuan .

Wahai insan bernama seorang perempuan.
 Ku tahu hidup kau penuh dengan kelembutan.
 Ku tahu hati kau mudah tersentuh.
 Ku tahu kau mudah terluka.
 Memang itulah sikap perempuan sejak azali lagi.
Walau sekeras mana si perempuan itu, dia pasti lembut di hati.
 Mudah terluka, mudah terguris, mudah tersentuh.
Ku faham seandainya kau terluka kau akan menangis,
 menangis sekuat hati tetapi dalam diam kerana kau tidak mahu orang tahu yang kau sesungguhnya sedang bersedih.
Ku tahu seandainya kau mula menyayangi seseorang,
 kau akan sentiasa mengambil berat terhadapnya.
Kau sentiasa membuatkan dia selalu merasa kehadiran kau.
Ku tahu apabila kau rapat dengan rakan yang lain,
 kau mula lupa rakan yang lain.
 Ku juga tahu rakan yang lain itu mula terasa yang kau sudah lain dan tidak seperti dahulu lagi begitu juga sebaliknya.
Ku tahu jika kau marah, kau akan diam dan hanya memendam rasa.
Ku tahu jika kau marah,
 kau akan meluahkan apa yang kau rasa tidak kira pada orang yang kau marah atau pada orang yang sudi mendengar.
Ku tahu seorang perempuan amat perlu seseorang yang sudi menjadi pendengar yang baik dan bukan memotong kata-kata kau bila kau berkata-kata.
Ku juga tahu apabila kau menangis,
 kau sentiasa ingat akan ibu bapa kau.
Ku tahu jika kau sakit,
 kau berpura-pura mengatakan tidak sakit tapi sebaliknya hanya Allah yang tahu betapa sakitnya kau.
Ku tahu kau mudah tersentuh apabila terdapat seorang tua yang sedang meminta sedekah.
Ku tahu jika kau suka apabila melihat sesuatu yang comel.
Ku tahu jika kau rasa sunyi,
 kau akan menangis tanpa sebab dan sentiasa meminta agar hadirkan sesuatu atau seseorang yang dapat mengembalikan senyumanmu.  
Ku juga tahu kau sentiasa mahu jadi yang terbaik dan bukan untuk meminta balasan tapi sebaliknya untuk mendapat ketenangan dan keikhlasan dengan apa yang kau lakukan.
Ku tahu apabila kau sentiasa mengatakan ‘kenapa aku tak baik macam dia?’ padahal kau sudah mencuba untuk melakukan yang terbaik.
Ku tahu yang kadang-kadang kau cuba membandingkan diri dengan perempuan lain.
Ku tahu yang kau selalu kata ‘aku cemburu dengan apa yang ada pada dia.’
Ku tahu yang kau sentiasa ingin sedapkan hati sendiri dengan mengatakan aku adalah aku, dia adalah dia.
Ku tahu yang sebenarnya kau ingin jadi Semulia Siti Khadijah,Sekuat Siti Hajar, Seteguh Siti Fatimah tapi itu semua memerlukan pengorbanan yang banyak dan kuat.
Ku tahu kau kuat untuk menjadi yang terbaik kerana perempuan tidak selemah yang di sangka.
Ku tahu perempuan mahu yang terbaik di sekelilingnya maka kaulah yang perlu menjadi yang terbaik terlebih dahulu.
KERNA, aku juga seorang perempuan.  

TERIMA KASIH SUDI BACE . JANGAN LUPE LIKE YE :)

No comments: